Pengertian Dan Fadilat Berkorban

Mengikut hukum syarak pengertian korban ialah binatang ternakan seperti kambing, lembu atau kerbau yang disembelih pada Hari Raya Adha atau pada hari hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijah) dengan niat untuk menghampirkan diri kepada Allah SWT.
Jika diteliti maksud korban yang sebenar yang dikehendaki oleh Islam iaitu "menghampirkan diri kepada Allah SWT", maka seharusnya kita insaf bahawa ia suatu tuntutan untuk diri kita sendiri. Ia merupakan suatu ukuran ketakwaan seorang hamba.

FADILAT BERKORBAN
Menurut hadis-hadis Rasulullah SAW, fadilat berkorban antaranya:
1. Menambah amal kebajikan
Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Orang yang berkorban itu akan dikurniakan bagi setiap bulu binatang korbannya dengan satu kebajikan."
(Riwayat Tirmizi)

2. Sebagai kafarah (penebus dosa)
Sebagaimana sabda Rasulullah SAW kepada Sayidatina Fatimah r.ha yang bermaksud:
"Wahai Fatimah! Pergilah ke tempat korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya dengan titisan darahnya yang pertama itu akan diampunkan dosa-dosamu yang telah lalu."
(Riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban)

3. Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah SWT
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Wahai manusia! kamu lakukanlah ibadat korban dan berharaplah pahala daripada Allah SWT dengan darahnya itu. Sesungguhnya darah korban itu sebelum ia jatuh ke bumi, maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah SWT."

3 comments:

tahniah utk warga rose apt... wah skrg dah ade blog... bagus2... utk kebaikan semua...

from : bekas penduduk... ;)

December 17, 2008 at 12:17 PM  

Tq sbb ziarah blog rose.... tak nak masuk iklan harba ke?

December 22, 2008 at 9:20 PM  

Maksudnya.... tak nak masukkan iklan herbalife dalam blog rose ke?

December 22, 2008 at 9:23 PM  

Blogger Template by Blogcrowds