21 Januari 2009

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Kepada : Semua penduduk / penghuni Rose Apartment

MEMO

Pelekat Kenderaan 2009/2010


Adalah dimaklumkan bahawa PPRA dalam mesyuarat pada 21 Disember 2008 telah memutuskan untuk memperkenalkan pelekat kenderaan baru sebagai salah satu usaha untuk memperbaiki kawalan keluar masuk kenderaan di Rose Apartment dan bertujuan untuk rekod keselamatan.

Merujuk kepada memo yang telah diedarkan bertarikh 1 Januari 2009, adalah dimaklumkan bahawa pelekat kenderaan yang baru untuk kereta dan motorsikal telah sedia untuk digunakan. Pelekat kenderaan ini akan digunakan untuk tempoh 2 tahun iaitu bagi tahun 2009 / 2010.

Sehubungan dengan itu, Tuan/Puan boleh membuat tempahan dan bayaran awal di tempat yang telah ditetapkan bermula 28 Januari 2009.

1. Pejabat Pengurusan Rose Apartment :
10.00 pg. hingga 4.00 ptg. (Isnin -Jumaat) dan
10.00 pg. hingga 12.00 tgh. (Sabtu)
2. Pusat Khidmat Setempat @ Halaman Surau : 9.00 mlm. hingga 9.30 mlm. setiap hari.

Harga jualan bagi pelekat kenderaan adalah seperti berikut :

Bil. Butiran Harga (RM)/Unit
1. Pelekat Kereta
i. Kereta Pertama 4.00
ii. Kereta Kedua 6.00
iii. Kereta Ketiga 8.00
2. Pelekat Motorsikal 3.00

PPRA mengharapkan kerjasama yang baik dan pastikan anda mendapatkan pelekat kenderaan untuk memudahkan urusan keluar masuk di Rose Apartment. Urusan kawalan pintu masuk ke atas pemakaian pelekat kenderaan akan dikuatkuasakan sepenuhnya bermula 16 Februari 2009.

Sekian. Terima kasih.

JADUAL PINTU PAGAR BELAKANG

IBADAH KORBAN 1430 HIJRAH


IBADAH KORBAN 1430 HIJRAH
(Anjuran Surau Al-Iman Rose Apartment dengan kerjasama Persatuan Pemilik dan Penduduk Rose Apartment)

Hari Raya Aidiladha (Hari Raya Korban) 1430 Hijrah (bagi tahun 2009) akan disambut pada hujung bulan November 2009.

Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Surau Al-Iman akan membuka penyertaan kepada semua ahli kariah yang berminat untuk mengambil bahagian. Jawatankuasa Surau Al-Iman telah menetapkan syarat-syarat penyertaan seperti berikut :

1. Binatang korban adalah lembu yang mempunyai 7 bahagian.
2. Tujuan adalah terbuka sama ada untuk korban atau aqiqah.
3. 1 bahagian telah ditetapkan dengan harga awal RM 400.00 termasuk kos tambahan semasa korban. Seekor lembu jantan dianggarkan pada harga RM 2,500.00 dan kos tambahan sebanyak RM 300.00. Lebihan dari kos sebenar akan dikembalikan semula kepada peserta.
4. Bayaran secara ansuran selama 10 bulan bermula gaji bulan Januari 2009 (bayar sebelum/pada 7 hb setiap bulan berikutnya). Bayaran bulanan adalah sebanyak RM 40.00.
5. Bayaran bulanan boleh dibuat dengan memasukkan terus ke akaun Persatuan atau menyerahkan bayaran bulanan kepada wakil yang telah dilantik iaitu Setiausaha Surau : Rusli Man (B-102) atau Bendahari Surau : Mohd Baharudim Abdul Ghani (A-503). Butiran akaun Persatuan adalah seperti berikut :
 Akaun & Bank : Akaun Semasa, CIMB Bank Berhad
 No. Akaun : 1229-0008061-05-5
 Nama Akaun : Persatuan Rose Apartment Saujana Utama
Bagi bayaran terus ke akaun, sila pastikan tuan/puan menyerahkan slip kemasukan sebagai bukti bayaran. Pihak PPRA akan mengeluarkan resit bagi setiap bayaran yang dibuat.

Kepada yang berminat bolehlah melengkapkan borang dibawah dan menyerahkannya kepada ahli jawatankuasa surau sebelum 31 Januari 2009. Segala kemusykilan dan pertanyaan bolehlah menghubungi AJK Surau. Wassalam.

...............................................................................

BORANG PENYERTAAN IBADAH KORBAN 1430 HIJRAH

Nama Peserta :
Unit Rumah :
No. Telefon :
Nama Bahagian :
Ibadah : Korban / Aqiqah

Saya dengan ini bersetuju dengan syarat-syarat penyertaan dan akan memastikan bahawa bayaran bagi penyertaan bahagian korban dapat dilaksanakan.


.................................................
( )

AKTA HAKMILIK STRATA 1985

Pendidikan anak-anak sangat penting. Cuba tengok serangan Israel terhadap rakyat Palestin, sasaran mereka adalah di sekolah-sekolah kerana mereka memang hendak bunuh kanak-kanak daripada orang dewasa. Tujuan mereka berbuat demikian kerana mereka tidak mahu dijiwa kanak-kanak itu ada semangat yang kental untuk meneruskan perjuangan bangsa mereka dan menuntut kemerdekaan.

Oleh itu sementara Allah kurniakan keamanan dinegara kita, kita hendaklah menekankan pendidikan anak-anak. Bermulanya tahun baru ini, pasanglah niat, tekat dan azam dalam hati kita untuk membina kekuatan dalam diri. Untuk mendapat kekuatan dalam diri, kita perlu masukkan satu persatu akhlak nabi dalam diri kita untuk dicontohi oleh anak-anak. Disamping itu buangkan segala sifat buruk yang bukan akhlak nabi dalam diri kita.

Bagaimana hendak membina kekuatan diri?
1. Bina Sahsiah Diri
• Jangan berbohong.
Jika suami atau isteri berbohong antara satu sama lain terutama kepada anak-anak, tidak mustihil jika anak-anak juga akan berbohong kepada kedua ibubapa suatu hari nanti.
• Beri anak isteri rezeki yang halal.
Jangan ambil mudah perkara-perkara yang dianggap remeh. Misalnya, kita menggunakan harta benda pejabat walaupun sekeping kertas untuk kegunaan peribadi ataupun bagi pada anak-anak. Jika barang itu bukan hak kita dan kita mengambilnya, begitu laju pula hak kita akan ditarik oleh Allah. Kalau barang tersebut diberi pula kepada anak-anak, masa depan mereka boleh musnah disebabkan sikap kita yang tidak jujur.

2. Bina Ketrampilan Diri
• Jagalah imej kita agar nampak sentiasa kemas terutama ketika berhadapan dengan Allah. Apabila penampilan kita kemas dan cantik orang akan nampak Islam itu indah dan hebat.
• Jagalah kebersihan diri dan rumah kerana kebersihan itu sebahagian daripada Iman. Pastikan rumah kita bersih sehingga kita boleh solat dimana-mana sudut sahaja kecuali dalam bilik air. Rumah begini Insya-Allah akan dimasuki oleh Malaikat Rahmat.

3. Bina fizikal dan spiritual
• Jaga Makan
Makanlah ikut cara nabi.
Menurut buku bertajuk `Isyarat Dan Maha Pencipta’ sebaik-baiknya anak-anak elok diberi makan:

i) Lobak – untuk mencerahkan mata sehingga tua.
ii) Tomato – untuk menjaga jantung kita dan ketenangan hati.
iii) Batang saleri – untuk kekuatan tubuh badan dan tulang kita.

JOM BOIKOT

Kalau barang sudah ada, jangan pula dibuang. Itu membazir namanya.

Mesyuarat: Bil. 1 - 2009

11 Januari 2009, buat pertama kalinya dalam tahun ini, mesyuarat bersama AJK Persatuan Pemilik & Penduduk Ros Apartment, Surau Al-Iman dan JMB telah diadakan di Dewan Rose Apartment.
Sebelum memulakan mesyuarat terlebih dahulu Pengerusi Rose Apartment, Encik Kamarul Bahri Baharum telah membaca Doa Qunut Nazilah khas buat rakyat Palestine yang sedang menghadapi serangan tidak berperi kemanusiaan daripada Rejim Zionis Yahudi Israel.

Alloohummaghfir lilmu'miniina wal mu'minaat
Wal muslimiina wal muslimaat
Wa allif baina quluubihim
Wa ashlih dzaata bainahum
Wanshur 'Alaa 'Aduwwika wa'aduwwihim
Allohummal'in kafarota ahlil kitaabil ladziina
Yukadzibuuna rusulaka wayuqottiluuna auliyaa aka
Alloohumma khollif baina kalimaatihim
Wazalzil Aqdaamahum
Wa anzilbihim ba'sakalladzii layuroddu 'anil
qaumil mujrimiin
Bismillaahirrahmaanirrahiim
Allohumma innaanasta'iinuka

Artinya:
"Ya Allah ampunilah dosa kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat,
Ya Allah jinakkan, satu padukan hati orang-orang muslimin,
Perbaikilah keadaan mereka,
Tolonglah kaum muslimin utuk melawan musuh-musuh-Mu, dan musuh-musuh mereka
Ya Allah, laknatlah orang-orang kafir yang mendustakan para RasulMu dan membunuh para kekasih-Mu,
Ya Allah cerai-beraikan kesatuan kata mereka,
Hancur leburkan kekuatan mereka,
Dan turunkanlah bencana-Mu yang tiada tertolak lagi untuk orang-orang yang penuh dengan dosa
Dengan menyebut nama-Mu ya Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang,
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindungan kepadaMu"


Sebelum memulakan mesyuarat Encik Kamrul mengingatkan sekali lagi bidang kuasa, fungsi dan skop kerja setiap jawatankuasa.
JMB berperanan menguruskan apa jua yang berkaitan Pengurusan Bangunan mengikut portfolio yang telah diagihkan.
PPRA menyelesaikan hal-hal yang berkaitan dengan kemasyarakatan (penduduk Rose Apartment).
Surau Al-Iman menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan keagamaan.


JMB ROSE APARTMENT
. Pembentangan Akaun penyelenggaraan Bangunan
. Khidmat Kawalan keselamatan
. Alternatif pintu Keluar Masuk
. Tunggakan Bayaran & Pemotongan Air
. Migrasi Meter Air (Syabas)

PERSATUAN PENDUDUK ROSE APARTMENT
. Perlaksanaan Sementara pintu pagar belakang
Pintu pagar belakang adalah untuk laluan basikal sahaja. Motor dilarang sama sekali mengunakan laluan tersebut. Pintu pagar hanya dibuka ketika waktu sekolah bermula jam 6.45 pagi dan ditutup pada jam 7.30 malam.
. Status Pelekat Kenderaan
Pelekat kereta dan motor akan keluar tidak lama lagi. Harga pelekat kereta ialah RM4.00 untuk kereta pertama dan tambahan RM2.00 untuk membeli pelekat kereta yang seterusnya.Manakala pelekat motor berharga RM3.00.
. Pusat Khidmat Setempat
Selepas solat Isyak, Pusat Khdmat Setempat akan dibuka di Surau Al-Iman selama setengah jam. Sesiapa yang ada masalah dan ingin membuat pengaduan bolehlah datang berjumpa dengan orang yang telah ditugaskan pada hari itu.

PROGRAM SURAU 2009
. Post-mortem sambutan Maal Hijrah & Tahun baru
. Kem Motivasi & Pengurusan
Walau pun pada awalnya sudah ditetapkan tarikh pada 7 - 9 Feb 2009 program ini akan dijalankan tetapi terpaksa ditunda.
. Sambutan Maulidur Rasul : 9 Mac 2009 (Isnin)
Perbincangan mengenai program sambutan maulidur Rasul akan dibincangkan pada mesyuarat akan datang (8 Feb 2009).

NOTIS MESYUARAT

Persatuan Pemilik dan Penduduk
Rose Apartment, Saujana Utama

6 Januari 2009

Kepada :

1. En. Yusof Ramli E-201
2. Pn. Samsiah Puad A-112
3. En. Ahmad Faizul Bakti A-509
4. En. Aznor Dollah D-105
5. Pn. Siti Mazilah Mat Saad D-506
6. Pn. Aslinda Ahmad D-205
7. En. Khalid Misringan A-105
8. En. Abdullah Salleh D-203
9. En. Rusli Man B-102
10. Pn. Norfazila Kamaruddin D-112
11. En. Mohd Baharudim Abdul Ghani A-503
12. En. Mokhtar Hamid A-408
13. En. Hasnan Sulaiman B-502
14. En. Yusli Yakub C-411
15. En. Mohd Rizal Abdul Ghani D-205
16. En. Samudin Baheran E-204
17. Pn. Cik Rosnani Kamarudin B-107
18. Pn. Faridah Hashim C-409
19. Pn. Hanizah Paon E-201
20. Pn. Iftitah Hayon A-505
21. En. Md. Subhi Said A-301
22. En. Abdul Halim Ishak A-304
23. En. Kirunnizat Ahmad D-212
24. En. Mohamad Kamsul Sulaiman A-104
25. Pn. Rusiah Hussain A-105
26. En. Mohd Azhar Mohd Razalli D-508

MESYUARAT BERSAMA PERSATUAN PEMILIK DAN PENDUDUK ROSE APARTMENT (PPRA), SURAU AL-IMAN DAN BADAN PENGURUSAN BERSAMA (JMB) ROSE APARTMENT BIL : 1-2009

Dengan segala hormatnya pihak Tuan / Puan dijemput untuk menghadiri mesyuarat bersama PPRA, Surau Al-Iman dan JMB Rose Apartment yang akan diadakan pada :

Tarikh : 11 Januari 2009 (Ahad)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Rose Apartment

2. Bersama-sama ini disertakan agenda mesyuarat untuk rujukan pihan Tuan / Puan. Pihak Tuan / Puan dikehendaki membawa bersama notis mesyuarat ini dan dokumen Maklumat Pengurusan 2009.

3. Kerjasama daripada pihak Tuan / Puan untuk menghadirkan diri ke mesyuarat ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih, Wassalam.

Yang menjalankan tugas,


.......................................................
( KAMARUL BAHRI BAHARUM )
Pengerusi

Pelekat Kenderaan

Stiker Kereta
Stiker Motor

Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana memperingati peristiwa penting yang telah berlaku dalam sejarah Islam. Dimana Nabi Muhammad SAW telah melakukan perhijrahan dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi.
Di Rose Apartment juga tidak ketinggalan untuk membuat sambutan sempena untuk memperingati hari yang bersejarah itu. Oleh kerana Awal Muharam jatuh pada awal Januari, Majlis Sambutan Maal Hijrah dan Tahun Baru telah diadakan serentak pada 3.1.2009. Seperti biasa sekiranya ada program sebegini, penduduk setempat akan bergotong royong untuk memasak, memasang khemah dan seumpamanya agar majlis dapat berjalan dengan lancar.



Ustaz Sobri Abdul Rani menyampaikan ceramah bertajuk "Bersama Tekad dan Azam Baru".
Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor, Encik Rosyam bin mohamad(kiri berbaju putih) turut hadir untuk menyampaikan kuliah.

Pada tahun ini dua Tokoh Maal Hijrah Rose Apartment telah dipilih.

Semoga tahun baru ini membawa keberkatan pada diri kita semua dan umat Islam sedunia. Amin.

MEMO KAWALAN KESELAMATAN




1 Januari 2009

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Kepada : Semua penduduk / penghuni Rose Apartment


MEMO

Khidmat Kawalan Keselamatan
& Pelekat Kenderaan


Adalah dimaklumkan bahawa khidmat kawalan keselamatan Rose Apartment telah diambil alih sepenuhnya oleh Tiara Force Security Services Sdn. Bhd. berkuatkuasa 1 Januari 2009.

Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa PPRA mengharapkan kerjasama yang baik dari semua penduduk / penghuni Rose Apartment dalam meningkatkan kawalan keselamatan di pintu masuk utama Rose Apartment.

Dimaklumkan juga bahawa PPRA sedang berusaha untuk memperbaiki kawalan keluar masuk kenderaan di Rose Apartment. Pelekat kenderaan yang baru akan diperkenalkan dalam masa terdekat. PPRA sedang menunggu tempahan pelekat kenderaan siap untuk dikuatkuasakan sepenuhnya mengikut kaedah dan tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

PPRA sentiasa mengharapkan sokongan dan cadangan yang membina dari semua penduduk / penghuni Rose Apartment dalam mempertingkatkan aspek keselamatan pintu keluar masuk. Cadangan bertulis bolehlah dimasukkan ke Peti Surat A108 Blok A untuk tindakan lanjut Jawatankuasa PPRA.

Sekian. Terima kasih.

Buat sementara waktu pintu kecil ini akan dibuka untuk laluan pelajar sekolah.
Pintu pagar ini yang akan ditukarkan menjadi pintu kelur masuk utama.



Blogger Template by Blogcrowds