Showing posts with label Memo. Show all posts
Showing posts with label Memo. Show all posts

Memo Gotong Royong

Cadangan / Syor Bertulis


21 Januari 2009

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Kepada : Semua penduduk / penghuni Rose Apartment

MEMO

Pelekat Kenderaan 2009/2010


Adalah dimaklumkan bahawa PPRA dalam mesyuarat pada 21 Disember 2008 telah memutuskan untuk memperkenalkan pelekat kenderaan baru sebagai salah satu usaha untuk memperbaiki kawalan keluar masuk kenderaan di Rose Apartment dan bertujuan untuk rekod keselamatan.

Merujuk kepada memo yang telah diedarkan bertarikh 1 Januari 2009, adalah dimaklumkan bahawa pelekat kenderaan yang baru untuk kereta dan motorsikal telah sedia untuk digunakan. Pelekat kenderaan ini akan digunakan untuk tempoh 2 tahun iaitu bagi tahun 2009 / 2010.

Sehubungan dengan itu, Tuan/Puan boleh membuat tempahan dan bayaran awal di tempat yang telah ditetapkan bermula 28 Januari 2009.

1. Pejabat Pengurusan Rose Apartment :
10.00 pg. hingga 4.00 ptg. (Isnin -Jumaat) dan
10.00 pg. hingga 12.00 tgh. (Sabtu)
2. Pusat Khidmat Setempat @ Halaman Surau : 9.00 mlm. hingga 9.30 mlm. setiap hari.

Harga jualan bagi pelekat kenderaan adalah seperti berikut :

Bil. Butiran Harga (RM)/Unit
1. Pelekat Kereta
i. Kereta Pertama 4.00
ii. Kereta Kedua 6.00
iii. Kereta Ketiga 8.00
2. Pelekat Motorsikal 3.00

PPRA mengharapkan kerjasama yang baik dan pastikan anda mendapatkan pelekat kenderaan untuk memudahkan urusan keluar masuk di Rose Apartment. Urusan kawalan pintu masuk ke atas pemakaian pelekat kenderaan akan dikuatkuasakan sepenuhnya bermula 16 Februari 2009.

Sekian. Terima kasih.

MEMO KAWALAN KESELAMATAN




1 Januari 2009

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Kepada : Semua penduduk / penghuni Rose Apartment


MEMO

Khidmat Kawalan Keselamatan
& Pelekat Kenderaan


Adalah dimaklumkan bahawa khidmat kawalan keselamatan Rose Apartment telah diambil alih sepenuhnya oleh Tiara Force Security Services Sdn. Bhd. berkuatkuasa 1 Januari 2009.

Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa PPRA mengharapkan kerjasama yang baik dari semua penduduk / penghuni Rose Apartment dalam meningkatkan kawalan keselamatan di pintu masuk utama Rose Apartment.

Dimaklumkan juga bahawa PPRA sedang berusaha untuk memperbaiki kawalan keluar masuk kenderaan di Rose Apartment. Pelekat kenderaan yang baru akan diperkenalkan dalam masa terdekat. PPRA sedang menunggu tempahan pelekat kenderaan siap untuk dikuatkuasakan sepenuhnya mengikut kaedah dan tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

PPRA sentiasa mengharapkan sokongan dan cadangan yang membina dari semua penduduk / penghuni Rose Apartment dalam mempertingkatkan aspek keselamatan pintu keluar masuk. Cadangan bertulis bolehlah dimasukkan ke Peti Surat A108 Blok A untuk tindakan lanjut Jawatankuasa PPRA.

Sekian. Terima kasih.

CERAMAH MOTIVASI


30 Disember 2008

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Kepada : Semua Penduduk / Penghuni Rose Apartment

MAJLIS SAMBUTAN TAHUN BARU 2009 & MAAL HIJRAH 1430
(Anjuran Persatuan Pemilik & Penduduk Rose Apartment dan
Surau Al-Iman, Rose Apartment)

Bersyukur kerana dipanjangkan usia dan diberi kesihatan sehingga hari ini dan seterusnya dapat menyambung kehidupan yang lebih baik di tahun 2009 Masihi / 1430 Hijrah.

Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Pemilik & Penduduk Rose Apartment dan Surau Al-Iman, Rose Apartment akan mengadakan Majlis Sambutan Tahun Baru 2009 & Maal Hijrah 1430 yang akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 3 Januari 2009 / 7 Muharam 1430 (Sabtu)
Waktu : 7.00 - 10.30 malam
Tempat : Dataran Rose Apartment
(Halaman Dewan & Surau Al-Iman)

Untuk makluman tuan/puan, aturcara yang telah dirangka untuk majlis sambutan ini adalah seperti berikut :

Aturcara Majlis Sambutan Tahun Baru 2009 & Maal Hijrah 1430

Bil. Aturcara Masa
1. Sembahyang Maghrib Berjemaah 7.30 mlm
2. Ceramah Motivasi “Bersama Tekad & Azam Baru”
Oleh : Ustaz Sabri Abdul Rani 8.00 mlm
3. Sembahyang Isyak Berjemaah 9.00 mlm
4. Majlis Sambutan Tahun Baru & Maal Hijrah
 Bacaan Doa
 Jamuan Makan
 Penyampaian Cenderahati Tokoh Maal Hijrah 1429 / Tahun 2008 Rose Apartment 9.15 - 10.30 mlm
5. Bersurai 10.30 mlm

Urusetia Majlis Sambutan Tahun Baru 2009 & Maal Hijrah 1430 mengalu-alukan kehadiran Tuan / Puan dan mengucapkan setinggi terima kasih di atas kerjasama dan perhatian semua pihak dalam menjayakan majlis sambutan ini.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2009 & Maal Hijrah 1430 kepada semua penduduk / penghuni Rose Apartment. Muafakat membawa berkat.

Sekian. Wassalam.

Ikhlas daripada Urusetia Majlis

Blogger Template by Blogcrowds