Tanggal 12 Rabiulawal, setiap tahun umat Islam menyambut tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW melalui pelbagai acara, antaranya perarakan besar-besaran, ceramah agama dan jamuan.
Begitu juga penduduk Rose Apartment, telah meraikan hari kelahiran junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW selama tiga hari berturut-turut bermula 7 Mac sehingga 9 Mac 2009 dalam Majlis Maulidur Rasul Peringkat Rose Apartment 1430 Hijrah. Program yang telah dianjurkan oleh Surau Al-Iman dan Persatuan Penduduk Rose Apartment ini telah
dimulai dengan Kuliah Siri 1 yang disampaikan oleh Ustaz Sobri Abdul Rani yang bertajuk “Di ambang Kematian".Ustaz: Kematian merupakan janji yang pasti untuk semua orang. Jesteru itu Allah tidak pernah meminta izin untuk mengambil nyawa seseorang sebab itu merupakan janji tuhan dengan kita...


Pada keesokkan harinya, warga Rose Apartment telah bergotong royong untuk menyediakan juadah untuk Majlis Kesyukuran Maulidurrasul.

Selepas Solat Zuhur, bacaan tahlil telah diadakan di rumah Encik Rusli bin Man sempena Majlis Kesyukuran Maulidur Rasul.


Pada sebelah malam pula, Kumpulan Nasyid Al Iman dari Rose Apartment telah menghiburkan para hadirian dengan dua buah nasyid. Manakala Saudara Abdul Halim pula telah mendeklamasikan sajak yang berjudul "Perjuangan Rasulullah SAW".

Sambil menjamu selera, penduduk telah menyaksikan video bertajuk "Memori Rose Apartment 2006 - 2008" dan wayang pacak bertajuk `Muhammad Utusan Terakhir’.

Isnin 9 Mac 2009
Peserta yang hadir (13 tahun ke atas) akan diberi nombor cabutan bertuah.


Acara kemuncak Maulidur Rasul dengan berarak disekeliling Rose Apartment sambil membaca Selawat Nabi SAW.


Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah.

Sementara kanak-kanak mewarna telah berlansung juga Majlis Khatam Al-Quran yang diketuai oleh Puan Basyirah Yeob.

Setelah selesai pertandingan mewarna dan khatam Quran, acara Bongo-bongo untuk peserta 13 tahun ke atas lelaki dan perempuan pula diadakan.
Sebenarnya disebalik permainan ini, terdapat 7 nilai yang baik atau sifat Nabi telah dipraktikkan ke dalam diri masing-masing.
1. Jujur – Peserta kena jujur ketika memilih kerekter masing-masing.
2. Bertanggung jawab 3. Berkerjasama 4. Berdisiplin – Peserta yang bertanggung jawab akan memberi kerjasama untuk menyempurnakan pemainan tersebut dengan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
5. Adil 6. Prihatin -Dengan adanya sifat jujut dan sifat prihatin peserta juga telah berlaku adil kerana telah menulis nama di atas kertas kawan dan kawan pula telah menulis nama di atas kertas kita.
7. Berwawasan –Kesungguhan para peserta menunjukkan dalam diri masing-masing ada wawasan dan hendak menang di dalam permainan ini.
Mudah-mudahan natijah atau hasil daripada usaha pihak penganjur Majlis Sambutan Maulidur Rasul ini akan lahirlah rasa cinta dan kasih kita kepada Rasulullah SAW. Disamping itu, tanamkan keazaman dalam diri untuk mencontohi dan amalkan akhlak Rasulllah dalam kehidupan seharian.

2 comments:

tahniah utk komuniiti Rose apartment terhadap penganjuran sambutan maulidur rasul

March 19, 2009 at 8:44 AM  

Terima kasih En. Samrin.Insya-Allah program seumpama ini akan berterusan di tahun-tahun mendatang.

March 19, 2009 at 6:01 PM  

Blogger Template by Blogcrowds