Tahniah kepada keluarga pengerusi kita Encik Kamarul Bahri dan isteri ke atas kehadiran anak keempat yang bernama Nurin Yasmin yang telah lahir pada Isnin 16.3.2009 yang lalu.



Tanggal 12 Rabiulawal, setiap tahun umat Islam menyambut tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW melalui pelbagai acara, antaranya perarakan besar-besaran, ceramah agama dan jamuan.
Begitu juga penduduk Rose Apartment, telah meraikan hari kelahiran junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW selama tiga hari berturut-turut bermula 7 Mac sehingga 9 Mac 2009 dalam Majlis Maulidur Rasul Peringkat Rose Apartment 1430 Hijrah. Program yang telah dianjurkan oleh Surau Al-Iman dan Persatuan Penduduk Rose Apartment ini telah
dimulai dengan Kuliah Siri 1 yang disampaikan oleh Ustaz Sobri Abdul Rani yang bertajuk “Di ambang Kematian".Ustaz: Kematian merupakan janji yang pasti untuk semua orang. Jesteru itu Allah tidak pernah meminta izin untuk mengambil nyawa seseorang sebab itu merupakan janji tuhan dengan kita...


Pada keesokkan harinya, warga Rose Apartment telah bergotong royong untuk menyediakan juadah untuk Majlis Kesyukuran Maulidurrasul.

Selepas Solat Zuhur, bacaan tahlil telah diadakan di rumah Encik Rusli bin Man sempena Majlis Kesyukuran Maulidur Rasul.


Pada sebelah malam pula, Kumpulan Nasyid Al Iman dari Rose Apartment telah menghiburkan para hadirian dengan dua buah nasyid. Manakala Saudara Abdul Halim pula telah mendeklamasikan sajak yang berjudul "Perjuangan Rasulullah SAW".

Sambil menjamu selera, penduduk telah menyaksikan video bertajuk "Memori Rose Apartment 2006 - 2008" dan wayang pacak bertajuk `Muhammad Utusan Terakhir’.

Isnin 9 Mac 2009
Peserta yang hadir (13 tahun ke atas) akan diberi nombor cabutan bertuah.


Acara kemuncak Maulidur Rasul dengan berarak disekeliling Rose Apartment sambil membaca Selawat Nabi SAW.


Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah.

Sementara kanak-kanak mewarna telah berlansung juga Majlis Khatam Al-Quran yang diketuai oleh Puan Basyirah Yeob.

Setelah selesai pertandingan mewarna dan khatam Quran, acara Bongo-bongo untuk peserta 13 tahun ke atas lelaki dan perempuan pula diadakan.
Sebenarnya disebalik permainan ini, terdapat 7 nilai yang baik atau sifat Nabi telah dipraktikkan ke dalam diri masing-masing.
1. Jujur – Peserta kena jujur ketika memilih kerekter masing-masing.
2. Bertanggung jawab 3. Berkerjasama 4. Berdisiplin – Peserta yang bertanggung jawab akan memberi kerjasama untuk menyempurnakan pemainan tersebut dengan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
5. Adil 6. Prihatin -Dengan adanya sifat jujut dan sifat prihatin peserta juga telah berlaku adil kerana telah menulis nama di atas kertas kawan dan kawan pula telah menulis nama di atas kertas kita.
7. Berwawasan –Kesungguhan para peserta menunjukkan dalam diri masing-masing ada wawasan dan hendak menang di dalam permainan ini.
Mudah-mudahan natijah atau hasil daripada usaha pihak penganjur Majlis Sambutan Maulidur Rasul ini akan lahirlah rasa cinta dan kasih kita kepada Rasulullah SAW. Disamping itu, tanamkan keazaman dalam diri untuk mencontohi dan amalkan akhlak Rasulllah dalam kehidupan seharian.

12 Rabiulawal 1430 / 7 - 9 Mac 2009 (Sabtu - Isnin)

Sukacita dimaklumkan bahawa Surau Al-Iman Rose Apartment dengan kerjasama Persatuan Penduduk Rose Apartment (PPRA) akan menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1430 Hijrah Peringkat Rose Apartment dengan merancang pelbagai program seperti berikut :

Susunan Aturcara Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1430 Hijrah

Bil. Tarikh / Hari Masa Program
1. 11 R.Awal 1430
7 Mac 2009
Sabtu Selepas
Solat Isyak
9.00 mlm.  Kuliah Siri 1 :
- Ustaz Sabri Abd. Rani
- Surau Al-Iman Rose Apt.
- Semua dijemput hadir.
2. 12 R.Awal 1430
8 Mac 2009
Ahad Bermula
9.30 pagi  Gotong Royong :
- Penyediaan Juadah Jamuan
Bermula
Solat Maghrib
7.30 mlm.  Majlis Kesyukuran Maulidurrasul :
- Jamuan Makan
- Tayangan Video : Memori Rose Apartment 2006 - 2008
- Persembahan Nasyid
- Wayang Pacak : Muhammad Utusan Terakhir
3. 12 R.Awal 1430
9 Mac 2009
Isnin
8.30 pg.  Majlis Sambutan Maulidurrrasul :
 Berkumpul di halaman Surau Al-Iman Rose Apt. Semua penduduk dijemput hadir.
9.00 pg.  Majlis pembukaan dan doa
9.15 pg.  Perarakan dengan Salawat Nabi SAW oleh penduduk Rose Apt.
10.00 pg.  Aktiviti Mesra Penduduk
- Pertandingan Mewarna
- Bango-Bango
- Majlis Khatam Al-Quran
- Cabutan Bertuah
11.30 pg.  Majlis penyampaian hadiah dan penutup
12.00 tgh.  Bersurai

Butiran Aktiviti Mesra Penduduk Yang Akan Diadakan


Acara Pertandingan
Mewarna Bango-Bango Cabutan
Bertuah
Kategori 6 tahun ke bawah
7 - 9 tahun
10 - 12 tahun Terbuka Lelaki
Terbuka Wanita Terbuka kepada penduduk yang hadir
Penyertaan dibuka kepada semua penduduk Rose Apartment mengikut kategori yang telah ditetapkan. Setiap penyertaan adalah percuma. Semua acara dalam aktiviti mesra penduduk akan bermula pada pukul 10.00 pagi.

Perhatian :
Harap maklum bahawa alatan mewarna (pensil warna dan sebagainya) dan alas buku perlulah dibawa sendiri oleh peserta semasa pertandingan mewarna diadakan.

Kepada yang berminat untuk menyertai pertandingan mewarna, sila isi borang penyertaan yang dilampirkan dan kembalikan kepada Ketua Blok, Wakil Wanita dan AJK Surau Al-Iman atau pihak Tuan/Puan bolehlah memasukkan borang penyertaan Tuan/Puan ke dalam peti surat Persatuan di A108 Blok A, Rose Apartment sebelum atau pada 7 Mac 2009 (Sabtu) jam 10.00 malam.

Perhatian :
Pendaftaran awal bagi aktiviti mesra penduduk diperlukan bagi memudahkan urusetia program menyusun dan merangka perjalanan aktiviti.

Syor Pakaian Majlis Sambutan

Pakaian semasa Perarakan Salawat Nabi SAW adalah mengikut kesesuaian majlis sambutan dan disyorkan agar mengenakan pakaian kebangsaan (baju melayu / baju kurung / baju batik).

Penutup

Urusetia Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1430 Hijrah, Jawatankuasa Surau Al-Iman Rose Apartment dan Jawatankuasa Persatuan Penduduk Rose Apartment (PPRA) mengucapkan terima kasih di atas kerjasama dan perhatian pihak Tuan/Puan dalam menjayakan majlis sambutan ini.

Semua penduduk/penghuni Rose Apartment dijemput hadir untuk memeriahkan majlis sambutan ini. Sekian. Wassalam.

Kelas Fardu Ain Wanita

Blogger Template by Blogcrowds