Kuliah Tafsir Bulanan

Pada 22 Februari yang lalu, Surau Al-Iman telah mengadakan Kuliah Maghrib yang telah disampaikan oleh Ustaz Hishamuddin Abdul Aziz. Kuliah Tafsir Bulanan ini telah dihadiri lebih 100 orang warga Rose Apartment.


Pada 13 Februari 2009, satu usrah wanita penduduk Rose Apartment telah diadakan di Surau Rose Apartment. Perjumpaan yang pertama kali diadakan pada tahun ini telah dimulai dengan bacaan Yaasin. Kemudian membincangkan aktiviti yang bakal diadakan. Hasil perbincangan tersebut, kelas pengajian wanita akan disambung semula pada setiap hari Jumaat jam 3.00 petang. Tempat diadakan program akan diberitahu kemudian kerana ramai yang berminat untuk mengadakan di rumah masing-masing mengikut giliran. Puan Normala, Puan Basyirah dan Puan Fatimah (isteri Kumpulan Nasyid Raihan) akan bergilir untuk mengajar dalam kelas tersebut.
Selain itu Ustazan Nor Zihan dan Puan Fatimah telah menerima tugasan melatih anak-anak Rose Apartment bernasyid sebagai persiapan untuk meraikan Majlis Malidur Rasul yang akan menjelang tidak lama lagi. Oleh kerana itu, jika anak-anak anda yang berumur 12 tahun ke bawah berminat untuk menyertai program ini bolehlah menghubungi Ustazah Nor Zihan di Blok A.

"Kemakmuran dan kesejahteraan hidup akan tercapai apabila manusia menggunakan segala tenaga yang dibekalkan itu dengan niat yang betul dan dengan cara yang tidak bertentangan dengan syariat, maka ianya menjadi ibadat. Dengan demikian manusia bukan sahaja akan menikmati manfaat di dunia bahkan mendapat balasan yang kekal di akhirat. Manusia seperti ini merupakan makhluk yang menghuni syurga yang mendapat dua hasanah – hasanah di dunia dan hasanah di akhirat."


Demi kejayaan rebutlah lima masa;
"Mudamu sebelum tua,
Sihatmu sebelum sakit,
Kayamu sebelum fakir,
Lapangmu sebelum sibuk,
Hidupmu sebelum mati."

(Hadis Nabi Riwayat AL-Bukhari 194 – 256 H)

Memo Gotong Royong

Cadangan / Syor Bertulis

Blogger Template by Blogcrowds