CERAMAH MOTIVASI


30 Disember 2008

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Kepada : Semua Penduduk / Penghuni Rose Apartment

MAJLIS SAMBUTAN TAHUN BARU 2009 & MAAL HIJRAH 1430
(Anjuran Persatuan Pemilik & Penduduk Rose Apartment dan
Surau Al-Iman, Rose Apartment)

Bersyukur kerana dipanjangkan usia dan diberi kesihatan sehingga hari ini dan seterusnya dapat menyambung kehidupan yang lebih baik di tahun 2009 Masihi / 1430 Hijrah.

Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Pemilik & Penduduk Rose Apartment dan Surau Al-Iman, Rose Apartment akan mengadakan Majlis Sambutan Tahun Baru 2009 & Maal Hijrah 1430 yang akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 3 Januari 2009 / 7 Muharam 1430 (Sabtu)
Waktu : 7.00 - 10.30 malam
Tempat : Dataran Rose Apartment
(Halaman Dewan & Surau Al-Iman)

Untuk makluman tuan/puan, aturcara yang telah dirangka untuk majlis sambutan ini adalah seperti berikut :

Aturcara Majlis Sambutan Tahun Baru 2009 & Maal Hijrah 1430

Bil. Aturcara Masa
1. Sembahyang Maghrib Berjemaah 7.30 mlm
2. Ceramah Motivasi “Bersama Tekad & Azam Baru”
Oleh : Ustaz Sabri Abdul Rani 8.00 mlm
3. Sembahyang Isyak Berjemaah 9.00 mlm
4. Majlis Sambutan Tahun Baru & Maal Hijrah
 Bacaan Doa
 Jamuan Makan
 Penyampaian Cenderahati Tokoh Maal Hijrah 1429 / Tahun 2008 Rose Apartment 9.15 - 10.30 mlm
5. Bersurai 10.30 mlm

Urusetia Majlis Sambutan Tahun Baru 2009 & Maal Hijrah 1430 mengalu-alukan kehadiran Tuan / Puan dan mengucapkan setinggi terima kasih di atas kerjasama dan perhatian semua pihak dalam menjayakan majlis sambutan ini.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2009 & Maal Hijrah 1430 kepada semua penduduk / penghuni Rose Apartment. Muafakat membawa berkat.

Sekian. Wassalam.

Ikhlas daripada Urusetia Majlis

Sambutan Maal Hijrah

Badan Pengurusan Besama (JMB) telah ditubuhkan pada 23 Mac 2008.
• Pada tarikh itu juga mesyuarat pertama diadakan di Rumah Kelab Saujana Utama.
• Didaftarkan Pesuruhjaya Bangunan MDKS pada 24 April 2008.
JMB diperkenalkan bagi melindungi kepentingan pemilik rumah daripada diekspoloitasi oleh pemaju yang mempunyai kepentingan tertentu.
• Ini selaras dengan akta yang dinamakan Act663 Building And Common Property Maintenance Management 2007.

AJK JMB terdiri daripada 11 orang penduduk yang dilantik secara undian:
1. Kamarul Bahri Baharum (Pengurusi)
2. Yusuf Ramli (Setiausaha)
3. Shamsiah Puad (Bendahari)
4. Ahmad Faizul Bakti (AJK)
5. Aznor Dollah (AJK)
6. Siti Mazilah Mat Saad (AJK)
7. Khalid Misringan (AJK)
8. Abdullah Salleh (AJK)
9. Aslinda Ahmad (AJK)
10. Rusli Man (AJK)
11. Baharudin Abdul Ghani (AJK)

Encik Zainuddin Aziz (pengurusan Kanan Hartanah Glomac) dilantik sebagai wakil Glomac Land Sdn Bhd.
AJK JMB berperanan menguruskan apa jua yang berkaitan Pengurusan Bangunan mengikut portfolio yang telah diagihkan.

Portfolio AJK:
1. Kewangan

• Akaun Penyenggaraan Bangunan (Maintenance Fee)
• Akaun Kumpulan Wang Penjelas (Sinking Fund)
AJK
Shamsiah Puad
Norfazila


2. Keselamatan
• Pengawal Keselamatan
• Pintu Keluar Masuk Utama
• Pintu Belakang
• Pagar Kawasan
AJK
Baharudin
Rusli Man


3. Utiliti / Asas
• Bekalan Air / Tangki Air
• Bekalan Elektrik
• Telekomunikasi
• Lif Bangunan
AJK
Ahmad Dollah
Abdullah Salleh


4. Kemudahan / Infrastrktur
• Jalan / Tempat Letak Kereta
• Taman Permainan Kanak-kanak
• Lampu Jalan
AJK
Ahmad Faizul
Khalid



5. Kebersihan / Kesihatan
• Landskap / Penanaman Pokok
• Khidmat Pembersihan
• Pengurusan Sampah
AJK
Yusof Ramli
Aslinda Ahmad


6. Bangunan
• Insurans Bangunan
• Dinding Luaran / Bumbung
• Komponen Bangunan
AJK
Kamarul Bahri
Siti Mazilah


Jangan lupa baca doa pada pada hari terakhir bulan Zulhijah yang akan jatuh pada 28.12.2008 bersamaan hari Ahad. Doa ini dibaca tiga kali dan masanya ialah pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib. Apabila doa ini dibaca, syaitan akan mengeluh dengan berkata, “Sia-sialah kami sepanjang tahun ini kerana dia telah memusnahkan usaha kami, hanya dengan masa yang sebentar saja.”

Doa Akhir Tahun
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji dan puji hanya bagi Allah. Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, kaum keluarganya dan para sahabatnya. Ya Allah, apa yang telah kami lakukan pada sepanjang tahun ini, dari apa yang Engkau tegah kami daripada melakukannya, mana-mana yang tidak sempat kami bertaubat daripadanya, dan Engkau tidak meredhainya, dan Engkau tidak melupainya, malah Engkau berlemah-lembut pula di atas kami walaupun Engkau berkuasa menyeksa kami, bahkan Engkau memberi peluang pula kepada kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat kepada-Mu, maka sesungguhnya kami memohon keampunan-Mu, maka ampunilah kami dan segala perbuatan kami, dari apa yang Engkau redhai dan Engkau telah menjanjikan kami dengan ganjaran pahala ke atasnya, maka kami memohon daripada-Mu, wahai Tuhan yang mempunyai segala kebesaran dan kemuliaan, semoga Engkau menerima amalan kami dan Engkau tidak memutuskan harapan kami kepada-Mu, wahai Tuhan yang Maha Mulia. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan dunia dan kebaikan akhirat, dan peliharalah kami daripada azab seksa api neraka. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, ke atas keluarganya dan para sahabatnya. Dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Doa Awal Tahun

Apabila masuk waktu Maghrib, bermulalah tahun baru (1 Muharam). Ketika ini doa awal tahun pula dibaca sebanyak tiga kali. Setelah membacanya, syaitan akan berkata, ”Amanlah dirinya, kerana dia dijaga oleh dua malaikat yang menjaganya dari syaitan dan pengikut-pengikutnya.”

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, keluarganya dan para sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal, qadim dan azali dan dengan segala kemurahan Engkau yang melimpah, kami memohon dengan kedatangan tahun baru ini, Engkau peliharalah kami daripada syaitan yang direjam, para pembantu dan tenteranya, dam kami memohon pertolongan-Mu dalam melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada-Mu. Ya Allah, Tuhan yang mengubah segala keadaan, ubahlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan-Mu, wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan akhirat dan peliharalah kami dari azab seksa api neraka. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, ke atas keluarganya dan para sahabatnya. Dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Mengikut hukum syarak pengertian korban ialah binatang ternakan seperti kambing, lembu atau kerbau yang disembelih pada Hari Raya Adha atau pada hari hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijah) dengan niat untuk menghampirkan diri kepada Allah SWT.
Jika diteliti maksud korban yang sebenar yang dikehendaki oleh Islam iaitu "menghampirkan diri kepada Allah SWT", maka seharusnya kita insaf bahawa ia suatu tuntutan untuk diri kita sendiri. Ia merupakan suatu ukuran ketakwaan seorang hamba.

FADILAT BERKORBAN
Menurut hadis-hadis Rasulullah SAW, fadilat berkorban antaranya:
1. Menambah amal kebajikan
Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Orang yang berkorban itu akan dikurniakan bagi setiap bulu binatang korbannya dengan satu kebajikan."
(Riwayat Tirmizi)

2. Sebagai kafarah (penebus dosa)
Sebagaimana sabda Rasulullah SAW kepada Sayidatina Fatimah r.ha yang bermaksud:
"Wahai Fatimah! Pergilah ke tempat korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya dengan titisan darahnya yang pertama itu akan diampunkan dosa-dosamu yang telah lalu."
(Riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban)

3. Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah SWT
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Wahai manusia! kamu lakukanlah ibadat korban dan berharaplah pahala daripada Allah SWT dengan darahnya itu. Sesungguhnya darah korban itu sebelum ia jatuh ke bumi, maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah SWT."

Rasulullah SAW bersabda:
"Tiada suatu amalan anak Adam di hari Nahar (hari menyembelih korban)yang lebih disukai oleh Allah SWT, selain dari menyembelih korban. Korban itu, di hari kiamat akan datang dengan cukup segala anggotanya, tanduk, kuku dan bulunya. Dan darah sembelihan itu akan tumpah ke tempat yang disediakan oleh Allah sebelum ia jatuh ke bumi."
(Riwayat at-Tarmizi dan Ibnu Majah dari Aisyah r.ha)

7 Disember 2008
Seawal 9.00 pagi warga Rose Apartment telah berkumpul untuk membuat penyediaan tempat untuk Majlis Ibadah Korban yang akan dilakukan esok.

Tidak lengkap rasanya apabila menjelang hari raya tanpa juadah ketupat dan lemang.

Apabila ada lemang sudah tentulah akan disediakan sekali dengan rendang. Oleh itu kaum wanita sama-sama menyediakan bahan untuk memasak rendang.

Kaum lelaki pula berjaga sehingga tengah malam untuk memastikan lemang dimasak dengan sempurna. Juadah ini adalah untuk dijamu pada pagi raya sebelum bermulanya acara ibadah korban.


8 Disember 2008

Hari ini dalam sejarah kerana buat pertama kalinya penduduk Rose Apartment melakukan ibadah korban dan akikah. Sebagai permulaan, hanya dua ekor lembu sahaja yang mampu kami uruskan walaupun ada permintaan untuk menambah seekor lembu lagi.


Hari itu hujan gerimis sampai ke petang. Walaupun begitu, sedikit pun tidak mematahkan semangat warga Rose Apartment untuk sama-sama berganding bahu menguruskan penyembelihan. Alhamdulillah Ustaz Sobri Abd Rani sudi menurunkan skil sembelihan kepada warga Rose.

Sebelum penyembelihann dilakukan, takbir raya dilaungkan bersama-sama....


Setelah itu kaum lelaki bergotong royong untuk melapah, memotong dan membungkus daging korban.


Sebahagian daripada daging akikah diserahkan kepada kaum wanita untuk dijadikan masakan tengah hari.

Inilah chef yang memasakkan sup tulang, daging masak kicap dan sayur campur.


Walaupun jam sudah menunjukkan jam 3 petang... mereka masih setia menunggu dengan sabar untuk menjamah makanan tengah hari.


Sementara itu daging korban yang telah dibungkus telah diagihkan oleh ketua blok masing-masing. Ketua blok telah menghantar daging tersebut ke pintu rumah penduduk untuk memastikan semua akan mendapat daging korban.

Masakan yang lebih juga turut dibungkus dan diagihkan kepada penduduk Rose Apartment.

Alhamdulillah... Majlis Ibadah Korban 1429 Hijrah telah dapat disempurnakan dengan jayanya. Diharap agar kerjasama begini akan berkekalan...sejajar dengan moto kita "Muafakat Membawa Berkat". Mudah-mudahan majlis seumpama ini akan berterusan di masa akan datang.

Gambar Kenang-kenangan

Inilah diantara warga Rose Apartment yang telah berkerjasama untuk jayakan majlis korban kita dari awal hingga akhir. Sebenarnya ramai lagi yang terlibat dan tiada dalam gambar ini. Walau bagaimana pun ucapan terima kasih buat semua terutama kepada yang sudi untuk dirakamkan gambarnya untuk menghiasi blog kita.




Blogger Template by Blogcrowds