Hari raya ialah hari umat Islam menyambut kemenangan, setelah sebulan tekun bermujahadah melawan hawa nafsu dengan melakukan ibadah puasa dan diiringi pula dengan pelbagai ibadah sunat. Oleh kerana itu, layaklah mereka merayakan kegembiraan anugerah Tuhan.
Rasulullah SAW bersabda, “Orang yang berpuasa itu mempunyai dua kegembiraan, gembira ketika semasa berbuka dan gembira ketika semasa bertemu Tuhannya.”
Kemuncak kegembiraan yang bercampur keharuan dapat dirasai ketika tiba di penghujung Ramadan. Kejayaan menyempurnakan ibadah puasa dan ibadah-ibadah lain sepanjang bulan Ramadan disambut dengan penuh rasa syukur. Keluar dari bulan Ramadan dan masuk ke bulan Syawal ibarat keluarnya seorang bayi dari perut ibunya dalam keadaan ‘fitrah’ yakni suci dan bersih daripada dosa dan maksiat.
Inilah hakikat sebenar hari raya iaitu hari mensyukuri nikmat kembalinya kita kepada fitrah asal sebagaimana sewaktu kita dilahirkan dahulu. Oleh itu, hari raya paling bermakna bagi orang yang benar-benar berjaya membersihkan hatinya melalui ibadah puasa dan ibadah-ibadah sampingan yang lain sepanjang bulan Ramadan.


Bertempat di Dataran Rose Apartment, sambutan hari raya telah diadakan dengan meriahnya walaupun dalam keadaan bersesak-sesak di dalam khemah kerana hujan turun sedari petang tidak henti-henti.

Sambil menjamah makanan acara cabutan bertuah telah diadakan. Nombor cabutan bertuah adalah mengikut nombor rumah masing-masing.

Ini adalah sebahagian penduduk yang hadir. Cik Rohana pun datang juga. Terima kasih Cik Rohana kerana sudi turut serta meraikan majlis raya di Rose Apartment.

Sebelum pukul sepuluh malam hujan sudah berhenti dan majlis pun bersurai. Sekali lagi penduduk lelaki dan wanita sama-sama bergotong royong untuk membasuh periuk belanga dan membersihkan kawasan.


Inilah antara pemain-pemain bola jaring dari Rose Apartment... Kebanyakkannya masih belajar di sekolah menangah.


Sungguh pun begitu semangat kesukanan mereka amat membanggakan. Meraka tidak gentar untuk berlawan dengan pasukan luar yang lebih berpenglaman dan lebih besar daripada mereka. Dalam gambar ini pasukan bola jaring dari Rose Apartment berlawan dengan pasukan bola jaring dari Lembaga Getah Malaysia. Walaupun kemenangan tidak berpihak kepada mereka namun mereka tetapi ceria.


Pada 3 Ogos 2008 mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 2 telah diadakan di Dataran Rose Apartement. Mesyuarat ini diadakan untuk memperkenalkan dan mengesahkan Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Rose Apartment ( PPRA )yang telah terpilih melalui pilihanraya yang telah diadakan pada 27 Julai 2008 lalu. Lebih kurang 60 orang telah hadir dan mesyuarat dipengerusikan oleh Sdra Kamarul yang terpilih sebagai Pengerusi PPRA.


Pada 27 Julai semua warga dan pemilik rumah di Rose Apartment telah membuang undi di Dewan Rose Apartment dari jam 9.30 pagi hingga 1.30 tengahari. Pilihanraya ini diadakan untuk memilih AJK Persatuan Penduduk Rose Apartment untuk sesi 2008/09.

Suasana DiBilik Mengundi



KURSUS JENAZAH

Pada hari dan waktu yang sama, Kursus Pengurusan Jenazah Muslimat telah diadakan di Surau Al-Iman Rose Apartment. Lebih kurang 40 orang kaum wanita dari Rose Apartment dan juga Iris Apartment telah mengikuti kursus percuma ini.

Pada hari Ahad, 10 Ogos 2008, kejohonan sukan antara surau-surau telah diadakan di Surau Al-Hidayah Saujana Utama. Surau-Surau yang mengambil bahagian ialah Surau Al-Mujahirin ( SU3 ), Surau Al-Ikhwan ( SU2 ), Al-Hijrah ( SBCR ), Surau (S) SBCR, Surau Al-Mustaqim ( Iris Apartment ), Surau Al-Iman( Rose Apartment ) dan Surau Al-Hidayah.

Perlawanan pingpong wanita antaranya diwakili oleh Puan Ita dan Cik Amirah dari Rose Apartment.


Peserta dari Rose Apartment untuk permaianan congkak.


Walau pun pasukan wanita tidak memperolehi sebarang kemenangan... namun yang penting sekali ialah sikap berani mereka untuk menyahut cabaran walaupun tanpa latihan adalah sikap yang terpuji. Sebenarnya inilah tujuan utama kejohanan sukan ini diadakan iaitu untuk mengeratkan siratulrahim selain membina semangat kesukanan.

Blogger Template by Blogcrowds